Read Ilham di Tepi Tasik by A. Samad Said Online

ilham-di-tepi-tasik

Buku Ilham Di Tepi Tasik ini adalah koleksi esei terpilih A. Samad Said selepas Tangan Yang Simpatik, Tema Dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang) dan Antara Bulan Dan Wira.Berbeza daripada antologi-antologi sebelumnya, Ilham Di Tepi Tasik ditangani dengan cermat, menghimpunkan esei-esei indah, bernas dan berisi.Kali ini A. Samad Said tekun menyoroti aneka ragBuku Ilham Di Tepi Tasik ini adalah koleksi esei terpilih A. Samad Said selepas Tangan Yang Simpatik, Tema Dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang) dan Antara Bulan Dan Wira.Berbeza daripada antologi-antologi sebelumnya, Ilham Di Tepi Tasik ditangani dengan cermat, menghimpunkan esei-esei indah, bernas dan berisi.Kali ini A. Samad Said tekun menyoroti aneka ragam dan sudut seni yang menyerlahkan keindahan dan misteri kehidupan seniman; menyerlahkan wajah dan hati sasterawan-sasterawan terpenting Cina dan Arab; mengamati sumbangan penulis-penulis penting tanah air, di samping menampilkan kisah-kisah tamsilan yang memujuk dan mengilhamkan....

Title : Ilham di Tepi Tasik
Author :
Rating :
ISBN : 9834119631
Format Type : PDF
Number of Pages : 166 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Ilham di Tepi Tasik Reviews

  • Fariza
    2019-04-04 05:15

    Buku ni di beli tahun 2008 di Pesta Buku Antarabangsa KL.Catatan yang paling menyentuh hati saya adalah bagaimana A. Samad Said menceritakan perihal isteri beliau yang baru saya ketahui iaitu Salmi Manja melalui pembacaan artikel dalam buku tersebut. Beliau menceritakan bagaimana kecil hati seorang isteri yang juga seorang penulis telah menyebabkan Salmi Manja seolah protes terhadap kehidupan keluarga dengan berhenti menulis. Kenyataan ini nyata satu perkara yang menyakitkan tetapi terpaksa diakui oleh A. Samad Said sebagai suami dan penulis. Sasterawan negara ini boleh dikenali secara peribadai melaui pembacaan buku ini. THIS IS A MUST READ BOOK for A. SAMAD SAID FANS!!

  • Zenfira
    2019-03-21 02:00

    Kembara buku saya tahun ini, agak penuh dengan warna-warna dunia sastera. Mungkin kerana ada hasrat di dalam jiwa terdalam untuk menulis seperti mereka, kerana itu tahun ini bilangan buku dalam 'warna' begini agak banyak. Buku 'Ilham di Tepi Tasik' agak tertangguh-tangguh bacaannya. Sekejap saya laju sahaja menghabiskan bab-babnya, namun sekejap lagi, buku itu tersadai dua tiga hari tidak terselak ke muka baru. Beberapa cebis nasihat Pak Samad saya simpan dalam kaftan kehidupan. "Untuk penulis muda, jangan sekadar membaca novel dan puisi." Inspirasi untuk menulis sesuatu yang lebih matang dan 'berwarna garang', ada juga tersampai kepadaku. Antara sebab saya sukakan buku ini juga adalah kerana Pak Samad memperkenalkanku warna-warna baru untukku cari daripada buku-buku lain. Aku suka, jika daripada bacaan satu-satu buku itu, dapatku kenali buku-buku lain. Pak Samad hidangkan beberapa novel Rusia, China dan Eropah yang tidak pernah kukenal. Menarik. Antara lain, warna yang kusuka daripada buku tulisan sasterawan yang kukagumi ini ialah warna pemikiran. Warna yang pasti ada dalam setiap karya. Karya itu mewakili fragmen pemikiran dan sosial yang terkandung dalam jiwa dan benak si penulis, pastinya. Warna inilah yang menarik untuk dikaji. Di celah-celah baris di dalam buku inilah aku kenal sedikit kisah hidup Keris Mas, Usman Awang, dan Salmi Manja; jua ku diperlihatkan Asas 50, kritikan kecil tentang novel 'Shit' dan riak kekecewaan Pak Samad kala kosongnya majlis bersama Sasterawan Rusia. Perasaan yang tumbuh di dalam hati sewaktu membacanya, memberi sedikit warna-warna baru untuk beberapa perkara. Dan, secara mudahnya, penulisan bukanlah sekadar menunggu 'ilham di tepi tasik'.

  • Bsplayer
    2019-03-29 01:09

    Buku ini ialah sebuah buku yang sangat berwarna warni-kan seni. Ada kisah tentang pengalaman yang mengajar, agar kita barangkali dapat menjalin sedikit iktibar, ada kritikus seni seputar kanvas sasterawi yang sangat luas tanpa ditanda halangan, ada pertanyaan yang begitu menginsafi dan menasihati, ada kenangan yang melakar bahagia-menggarit derita, juga rupanya ada rahsia sulit yang tersangat berbisik-mendesahkan sekuntum rumit.http://budakkilang.wordpress.com/2011...

  • Nazri Awang
    2019-03-22 02:57

    Kompilasi sejumlah esei daripada koleksi Pak Samad, sebahagiannya cukup mengagumkan dan membina persoalan serta penghayatan tentang hidup, dan bakinya sedikit membosankan, menyoroti bagaimana latar beberapa novel, seperti Salina ditulis. Juga terdapat beberapa ulasan tentang karya dan kehidupan novelis lain.

  • Rebecca
    2019-04-03 03:56

    Genre familiar essay (esei santai) bukanlah satu genre yang meluas ditulis dalam konteks dunia penulisan di Malaysia. Esei-esei begini ditulis dengan laras bahasa yang mudah, namun masih membincangkan hal-hal serius dan berbobot.Kumpulan familiar essay Ilham di Tepi Tasik ini mengangkat isu-isu sastera, bahasa, kreativiti dan lain-lain merupakan satu contoh yang baik.